MODUL 3: GAYA PEMBELAJARAN VAK (VISUAL, AUDITORI DAN KINESTETIK)
Nor Aisah Jamil,
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban
Pendahuluan
Teori pendidikan berasaskan penulisan ramai ulama Islam, menjelaskan bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah mengambil pertimbangan tingkah laku dan keupayaan pelajar sebagaimana Rasulullah saw merujuk kepada faktor persekitaran dan sifat (Ulwan,1994). Islam sentiasa mengiktiraf nilai pendidikan yang hebat.
Allah memerintahkan umat manusia untuk belajar menguasai ilmu melalui ayat Al-Qur’an yang pertama telah diturunkan kepada Nabi Muhammad saw adalah Iqra’ atau Baca dalam Surah Al-Alaq, Ayat 1-5:
"Bacalah dengan [menyebut] nama Tuhanmu Yang menciptakan, (1) Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. (2) Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, (3) Yang mengajar [manusia] dengan perantaraan kalam. (4) Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)”.
Ayat tersebut memberi pesan kepada kita supaya bacalah, telitilah, dalamilah, ketahuilah ciri-ciri sesuatu, bacalah alam, bacalah tanda-tanda zaman, sejarah, diri sendiri, yang tertulis dan tidak tertulis. Perintah iqra' mencakup segala sesuatu yang dapat dijangkaunya. Inti pendidikan Islam adalah wahyu ilahi dalam al-Qur'an. Kematangan pelajar dan keupayaan bahasa harus dipatuhi dan guru harus bermula dengan konsep mudah dan kemudian bergerak kepada yang lebih kompleks, melukis sebanyak mungkin kepada pengalaman dan pengetahuan pelajar (Massialas & Jarrar, 1983).
Hal ini menunjukkan jelas dari sudut pandangan Islam membuktikan bahawa guru harus mengajar dan membimbing dengan bijak menggunakan suatu kaedah dan pendekatan pengajaran yang berkesan terhadap pembelajaran pelajarnya. Dalam konteks pembelajaran dan pengajaran, menurut pandangan para sarjana Islam juga menunjukkan bahawa pendidikan harus berhadapan dengan perubahan zaman demi penambahbaikan mutunya sehingga dapat meningkatkan hasil pembelajaran yang optima.
Ini bertepatan dengan kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang mengatakan, “didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau” (Utusan Malaysia, 2015). Rasulullah saw juga bersabda: “Muliakankan anak-anakmu dan perbaikkan adab mereka.” (Riwayat Ibnu Majah).
Mengikut konteks Islam, (Shahabuddin Hashim, Noor Miza Abdul Rahman, 2014) menyatakan bahawa pendidikan ialah peristiwa yang melibatkan individu atau beberapa pihak yang mempunyai potensi untuk dikembangkan mengikut sifat dinamik mengikut arus perubahan. Menurut Syed Muhammad al-Naquib al-Attas (1979) pula pendekatan yang komprehensif dan bersepadu terhadap pendidikan menurut perspektif Islam diarahkan kepada : "Pertumbuhan seimbang dari keperibadian dengan melatih semangat, intelek, perasaan rasional, perasaan dan indera manusia iman sedemikian diselitkan ke dalam keperibadiannya" (ms 158).
Guru hendaklah bijaksana dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pandai menggunakan kaedah itu supaya bersesuaian dengan pengajaran terhadap pelajarnya yang berbeza gaya pembelajaran (Mohamed, 2003). Selain itu, menurut Al-Nahlawi (1979), guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran menggunakan teknologi yang terkini dan ada kalanya perlu mengulangi beberapa kali formula dan fakta terhadap pelajar yang tidak sama dari segi kebolehan dan keupayaan menimba ilmu.
Para pendidik Islam awal menegaskan bahawa pembelajaran yang berjaya bergantung pada kesediaan para pelajar, minat mereka dan pada motivasi mereka untuk belajar (al-Khalediy, 2010-2011). Pemilihan model gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan diri pelajar mampu menjadikan pelajar lebih aktif dan kreatif dalam mengembangkan potensi diri. Kajian ini memfokuskan kepada pemilihan gaya pembelajaran VAK (Visual Auditori Kinestetik) yang mampu menyokong keperluan individu yang berbeza dari segi gaya pembelajaran.
Gaya Pembelajaran VAK (Visual, Auditori, Kinestetik)
Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran dan kekuatan yang tersendiri (Kenneth & Dunn, 1984). Dalam sudut pandangan Islam, Al-Quran adalah kitab pegangan dan pedoman. Pandangan al-Qur’an terhadap aktiviti pembelajaran, antara lain dapat dilihat dalam kandungan Surah al-Baqarah: Ayat 31 yang bermaksud: Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman:“Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!” Menurut Prof. Dr. Quraish Shihab, (2010) ayat ini menerangkan bahawa manusia dianugerahi Allah potensi untuk mengetahui nama-nama atau fungsi dan sifat benda-benda, misalnya fungsi api, angin dan ia juga dianugerahi untuk berbahasa.
Prof. H. Ramayulis (2002), menyatakan bahawa Allah telah mengajarkan berbagai konsep dan pengertian serta memperkenalkan kepada nabi Adam AS sejumlah nama-nama benda alam (termasuk lingkungan) sebagai salah satu sumber pengetahuan, yang dapat diungkapkan melalui bahasa. Dengan ini jelas membuktikan bahawa konteks pendidikan dalam Islam memang menekankan proses pembelajaran yang mengambil kira pelbagai kaedah dan strategi mengikut gaya pembelajaran yang sesuai dalam menguasai sesuatu ilmu.
Menurut Dunn (1995) dan Filipczak (1995), secara purata gaya pembelajaran dalam kumpulan visual ialah 30% hingga 40%, kumpulan auditori atau pendengaran ialah 20% hingga 30% dan kumpulan kinestetik ialah 30% hingga 50 %. Tambahan pula, menurut Dunn (1995), pelajar yang terdedah kepada arahan dan kaedah gaya pembelajaran mempunyai harapan kadar kejayaan adalah 70%. Manakala, pelajar yang diajar dengan kaedah pengajaran tradisional hanya mempunyai 30% jangkaan kadar kejayaan. Oleh itu, kadar kegagalan yang mungkin akan berlaku adalah 70%. Penemuan ini adalah benar untuk pencapaian akademik dan sikap terhadap pembelajaran.
Menurut Azizi Yahya dan Nurfaizah Abdul Majid, (2017); Entwistle, (1981) menyatakan pandangan berkaitan gaya belajar yang diamalkan oleh seseorang individu adalah untuk memproses maklumat dan menyelesaikan masalah yang timbul. Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Menurut Nor Musliza Mustafa (2017) berkaitan pembelajaran menguasai ilmu Al-Quran dari aspek menghafal dan memahami Al-Qur’an, pemilihan kaedah dan gaya pembelajaran adalah penting dalam memastikan proses hafalan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Pengaplikasian gaya pembelajaran VAK di dalam pembelajaran AlQur’an mampu mengukuhkan hafalan dan kefahaman Al-Qur’an, Abu al-Fida’ (2006).
Gaya Pembelajaran Fakta Asas Matematik-Darab Bagi Kumpulan Pelajar Visual (Belajar Dengan Cara Melihat)
Menurut Abu al-Fida’ (2006), dalam pembelajaran Al-Qur’an, gaya pembelajaran VAK berperanan sebagai kaedah sokongan dalam mengukuhkan hafalan terutama pada ayat-ayat yang sukar dihafal. Ini adalah kerana penggunaan pelbagai deria dengan menggunakan tangan melalui penulisan dalam menghafal Al-Qur’an dijangka mengukuhkan ingatan pelajar terutama pada ayat yang susah dan ayat mutasyabihat.
Hal ini membuktikan bahawa kaedah menggunakan tangan yang merupakan deria untuk menulis semasa menghafal ayat Al-Qur’an yang sukar dihafal itu sendiri merupakan kaedah gaya pembelajaran visual. Kaedah pembelajaran Al-Quran melalui penulisan untuk menguasai hafalan dan pemahaman ayat Al-Qur’an itu adalah sebenarnya kaedah pembelajaran yang bersandarkan gaya pembelajaran visual.
Kebolehan pelajar visual ini adalah mereka boleh membuat gambaran secara menulis, melakar, dan menggambar. Pelajar yang mempunyai kecerdasan ini cenderung untuk berfikir secara visual dengan membina gambaran imej untuk mengekalkan maklumat. Mereka seronok melihat peta, carta, gambar, video & filem.
Menurut Williamson dan Watson (2006); Merriam dan Caffarella (1999) bahawa gaya kognitif juga telah digambarkan sebagai konsistensi dalam pemprosesan maklumat yang berkembang dengan konsisten dengan asas ciri keperibadian. Pembelajaran yang berkesan adalah melalui apa yang dibaca dan dilihat. Pelajar visual tidak memerlukan penerangan lisan seperti pelajar auditori tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan dan lakaran rajah.
Gaya Pembelajaran Fakta Asas Matematik-Darab Bagi Kumpulan Pelajar Auditori (Belajar Dengan Cara Mendengar)
Pelajar auditori mempunyai kekuatan dan kelebihan mendengar dengan baik. Gaya pembelajaran pelajar auditori bersifat eksternal iaitu dengan mengeluarkan suara atau ada suara. Mereka dapat membaca kuat, mendengarkan pengajaran secara kuliah, perbincangan dengan rakan, mendengarkan musik, kerja kelompok, dan lain-lain.
Menurut Nor Musliza Mustafa (2017) gaya pembelajaran auditori, pelajar cenderung kepada belajar melalui mendengar seperti bunyi, muzik, nada, irama, suara, arahan atau penerangan secara lisan. Pelajar auditori juga boleh mengingat penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutamanya apabila mempelajari sesuatu yang baru.
Pelajar dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman secara mengulang pita auditori, mengajar pelajar lain dan berbincang dengan guru. Antara teknik yang berkesan digunakan dalam pembelajaran Al-Quran khususnya hafalan dan kefahaman Al-Quran adalah mendengar ayat-ayat Al-Qur’an dan membaca kuat atau keras atau reading aloud (Istiyaningsih, 2011).
Hal ini terbukti bahawa teknik tersebut mampu memusatkan perhatian dan mental pelajar kumpulan auditori dan berupaya membantu pelajar melalui sebutan atau mendengar arahan yang jelas dan tepat berkaitan proses mendarab atau langkah-langkah mendarab.
Gaya Pembelajaran Fakta Asas Matematik-Darab Bagi Kumpulan Pelajar Kinestetik (Belajar Dengan Cara Bergerak, Bekerja Dan Menyentuh)
Pelajar yang mempunyai gaya belajar kinestetik belajar melalui bergerak, menyentuh, dan melakukan (latih-amal). Pelajar seperti ini sukar untuk duduk diam berjam-jam karena keinginan mereka untuk beraktiviti dan meneroka sangatlah kuat. Pelajar yang bergaya pembelajaran ini belajarnya melalui gerak dan sentuhan.
Menurut Madden & Thomas (2002) gaya pembelajaran jenis ini terdapat dua kategori iaitu gaya pembelajaran kinestetik bersifat eksternal dan internal. Gaya pembelajaran kinestetik yang bersifat eksternal adalah melibatkan kegiatan fizikal, membuat model, main peranan, berjalan, dan sebagainya. Sedangkan gaya pembelajaran kinestetik yang bersifat internal menekankan pada kejelasan makna dan tujuan sebelum mempelajari sesuatu hal. Allah memerintahkan umat manusia mununtut ilmu dapat ditunjukkan dalam Al-Quran ayat 122 Surah At-Taubah.
“Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka dapat menjaga dirinya.”Dari ayat tersebut menunjukkan bukti bahawa Islam menuntut agar umatnya berilmu, sedangkan sebagai alat untuk memeperoleh ilmu adalah dengan belajar. Ajaran Islam menganjurkan agar manusia menggunakan deria fizikal untuk sentuhan dan gerakan yang dikenali gaya pembelajaran kinestetik dalam melakasanakan PdP. Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.
Pelajar kumpulan ini selalunya akan cepat bosan dengan aktiviti membaca dan mendengar. Malah aktiviti menulis dan lisan tidak mendatangkan kesan pembelajaran yang baik buat kumpulan pelajar ini. Menurut Gordon (2002) aktiviti pembelajaran murid kinestetik yang paling sesuai adalah aktiviti berbentuk latih-amal dan mereka berfikir dengan cara mengumpul informasi secara intuitif.
Pelajar ini bukan pendengar yang baik tetapi akan menjadi pendengar sepuluh yang baik apabila mata mereka melihat ke arah guru dan fokus dengan apa yang didengarnya. Pelajar ini memerlukan peralatan atau pembelajaran secara konkrit dan kontekstual.
RUMUSAN
Teori-teori gaya pembelajaran VAK (Visual, Auditori dan Kinestetik) selari dengan konsep pendidikan berasaskan Islam melalui rujukan kepada Al-Quran dan hadis Nabi Muhamad saw serta pandangan Islam oleh para sarjanawan pendidikan.
Pengajaran guru yang mengambil kira gaya pembelajaran VAK ini, dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran pelajar. Kumpulan murid visual belajar dengan cara melihat dan menggambar manakala, kumpulan auditori belajar dengan cara mendengar. Sementara, kumpulan murid kinestetik belajar cara hands-on dan libatkan perlakuan.
Kaedah pengajaran yang sesuai mengikut gaya pembelajaran pelajar adalah selari dengan ciri belajarnya mengikut sifat pelajarnya berjaya menggalak dan merangsang pelajar belajar secara proaktif menguasai kandungan suatu matapelajaran. Hal ini menunjukkan bahawa gaya pembelajaran ini merupakan budaya dalam pendidikan abad ke-21 adalah selaras dengan perspektif Islam.
RUJUKAN
Al-Attas, S. M.-N. (1979). Aim and Objectives on Islamic Education. Jeddah: King AbdulAziz University.
Al-Fida, A. (2006). Kitab Al-Intisar Li-Wasiat 'iqd Al-Amsar Edited by K. Vollers as
Description
de l'Egypte Par Ibn Doukmak. Cairo: Imprimerie Nationale.
Ali, A. Y. (1946). The Holy Qur'an. Translation and Commentary. U.K.: Islamic Propagation
Centre Internasional.
Al-Khaledey, K. (2010 - 2011). Education and Methods of Teaching in Islam in the Era of
AzZarnooji.
Qolbun Salim.
Al-Nahlawi, A. A. (1979). Usul Al-Tarbiyyah Al-Islamiyyah Wa Asalibuha. Damsyiq: Dar
AlFikr.
Azizi Yahya, Nurfaizah Abdul Majid. (2017, Oktober 10). Didapatkan dari
Eprints.utm.my:
Teori_Dan_Model_Berkenaan_Dengan_Gaya_Pembelajaran
Cooper, R. (1994). Alternative Math Techniques Instructional Guide dalam Data Database
ERIC
Digital Dissertations. (Online).
Dunn, R. G. (1995). A meta-analytic Validation of the Dunn and Dunn Model of learning-
Style
Preferences. The Jurnal of Education Research.
Filipezak, B. (1995). Different Strokes: Learning Styles in The Classroom. Training.
Gordon Dryden & Dr Jeannete Vos. (2002). Revolusi Cara Belajar Bahagian II (Alih
Bahasa: Ahmad Baiquni. Bandung: Kaifa.
H. Ramayulis, P. D. (2002). Ilmu Pendidikan Islam. Jakarta: Kalam Mulia.
Hamzah B. Uno. (2008). Model Pembelajaran Menciptakan Proses Belajar Mengajar Yang
Efektif dan Dinamis. Jakarta: Bumi Aksara.
Istiyaningsih. (2011). Upaya Meningkatkan Kemampuan Menghafal Huruf Hijaiyah melalui
Metode Reading Aloud do Kelas I MI Gubug Cepogo Boyolali Tahun Pelajaran
2010/2011. Negeri Walisongo Sematang: Fakulti Tarbiyah Institut Agama Islam Negeri .
Kenneth & Dunn. (1984). Learning Styles Inventory. Lawrence, KS: Price System, Inc.
Madden, Thomas. (2002). Fire Up Your Learning: Petunjuk Belajar Yang Dipercepat Untuk
Umur 12 Tahun Ke Atas . Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.
Malaysia, U. (2015, Februari 05). Utusan Online. Didapatkan dari Didik Anak Ikut Zaman:
http://www.utusan.com.my/ rencana/agama/didik-anak-ikut-zaman-1.56204
Margeret F. Williamson, Roberta L. Watson. (2006). Learning Styles Research:
Understanding
How Teaching Should Be Impacted By The Way Leaners learn. Christian
Education
Journal, 21 - 42.
Massialas, B.G. & Jarrar, S.A. . (1983). Education in the Arab World. New York: Praeger.
Mohamed, A. K. (2003). Pengurusan Pendidikan Di sekolah: Huraian Menurut
Perspektif Islam. Skudai, Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi Malaysia.
Muhammad, D. A. (2005). Tafsir Ibnu Katsir (Jilid 1). Bogor, Indonesia: Pustaka Imam
AsySyafi'i.
Nor Musliza Mustafa, M. B. (2017, Oktober 10). Pembelajaran Al-Quran Berasaskan Teknik
dan Gaya Pembelajaran VAK (Visual, Auditori dan Kinestetik). Didapatkan dari
academia.edu:http://www.academia. du/19387987/ Pembelajaran_Al_ Quran_
Berasaskan _Teknik _Dan_Gaya_Pembelajaran_Vak_Visual_Auditori_Dan_Kinestetik.
Quraish Shibab, Prof, Dr, Tafsi al-Mishbah. (2010). Pesan, Kesan dan Keserasian Al-
Quran. Pisangan Ciputat: Lentera Hati.
Ramayulis, H. (2002). Ilmu Pendidikan Islam.
Jakarta: Kalam Mulia.
Roger Buckley, Jim Caple. (1996). One to One Training and Coaching Skills (ed. 2,
illustrated).
Kogan Page.
Rose, C. &. (2002). Accelarated Learning for The 21st Century. Bandung:
Nuansa.
14
Shahabuddin Hashim, Noor Miza Abdul Rahman. (2014). Kaedah Pembelajaran dan
Pengajaran Kerohanian Kanak-Kanak. Selangor, Malaysia: PTS Media Groups Sdn
Bhd.
Shihab, M. Q. (2010). Al-Quran dan Maknanya. Jakarta: Lentera Hati.
No comments:
Post a Comment