Wednesday 30 May 2018

MODUL 6: OBJEKTIF PEMBELAJARAN



MODUL 6: OBJEKTIF PEMBELAJARAN


Nor Aisah bt Jamil
Pegawai SISC+,
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban


PENGENALAN


Objektif pembelajaran merujuk kepada hasil pembelajaran yang disasarkan dan boleh dicapai melalui aktiviti pembelajaran yang diterangkan dalam rancangan mengajar. Objektif pembelajaran mestilah ditulis secara eksplisit, tepat, jelas dan spesifik mengikut kesediaan pelajar. 

Objektif pembelajaran adalah satu kenyataan yang menerangkan hasil pembelajaran atau kriteria kejayaan yang ingin dicapai melalui penilaian yang dibuat semasa proses PdP. Objektif pembelajaran ditulis berasaskan tingkah laku yang boleh dilihat dan boleh dinilai atau diukur. Penulisan objektif pembelajaran biasanya merujuk kepada hasil analisis tugasan ataupun analisis isi kandungan sesuatu topik yang hendak diajar. 


Objektif pembelajaran terdiri daripada empat komponen iaitu:
  1. Isi kandungan yang hendak diajarkan.
  2. Tingkah laku yang menunjukkan bahawa pembelajaran telah berlaku.
  3. Keadaan atau situasi di mana murid akan melaksanakan tingkah laku tersebut.
  4. Kriteria yang ditetapkan untuk membuat keputusan bahawa objektif telah dicapai.








No comments:

Post a Comment

e - BIMBINGAN & PEMENTORAN

MODUL 7: MARI MENGENAL FROG VLE

Oleh: Dr. Norhana binti Bakhary PENDAHULUAN Frog VLE  @  merupakan suatu sistem pembelajaran maya berasaskan web (web-based v...