Monday 4 June 2018

MODUL 7: MARI MENGENAL FROG VLE



Oleh: Dr. Norhana binti Bakhary

PENDAHULUAN

Frog VLE @  merupakan suatu sistem pembelajaran maya berasaskan web(web-based virtual learning system) bagi seluruh warga sekolah, khususnya kepada para pelajar, ibu bapa / penjaga dan guru (pendidik). VLE sendiri membawa maksud persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment @ VLE). Jika anda biasa dengan paparan blog (seperti Blogger, WordPress dll) atau laman web / portal CMS (seperti Drupal, Joomla, Moodle dll), sudah tentunya anda tidak berasa kekok dengan antaramuka portal Frog VLE ini. Projek Frog VLE ini dipilih memandangkan ia mudah diakses, diuruskan, mesra pengguna (user friendly) dan sesuai untuk semua peringkat umur. Tambahan pula, Frog Vle pernah memenangi beberapa pingat (award) di peringkat antarabangsa.

Pendek kata, portal Frog VLE ini berfungsi sebagai pusat setempat atau medan / platform komuniti pembelajaran bagi kumpulan sasaran, iaitu para pelajar, ibu bapa / penjaga maupun guru (pendidik).


Frog VLE ini boleh diakses dalam kawasan sekitar sekolah atau luar sekolah (di mana-mana tempat). Disekolah, kandungan internet akan ditapis bagi memastikan persekitaran maya yang diakses adalah selamat dan berunsurkan positif. Blog atau laman web / portal yang berunsur negatif, provokasi, lucah dan sebagainya akan disekat (block) daripada diakses. Memandangkan Frog VLE juga mengguna pakai teknologi awan (cloud), maka ia boleh diakses di mana jua anda berada. data yang disimpan juga mudah diakses di mana jua berada dan boleh diakses pada bila-bila masa tanpa batasan waktu. Pengguna bebas mengakses dan mendaftar masuk(login ID) portal Frog VLE secara percuma menerusi rangkaian Yes atau 'hotspot' Yes.

Dalam modul ini akan dipaparkan tutorial langkah demi langkah untuk membangunkan Site Frog VLE.



Langkah 1

Pada laman utama VLE sila masukkan ID dan kata laluan.






Langkah 2

Paparan personal dashboard masing-masing. Contoh:




Langkah 3

Klik menu "site".




Langkah 4

Klik "New Site".




Langkah 5

Isikan maklumat tempat kosong dan klik Next.




Langkah 6

Klik dan pilih theme dan icon. Kemudian klik next.





Langkah 7

Klik add untuk paparan berikut. Kemudian klik create site. 




Langkah 8

Berikut ialah contoh site yang berjaya dibangunkan.


Anda boleh klik edit untuk membuat editing pada site anda.




Langkah 9

Paparan Edit




Langkah 10


 Klik widgets


Langkah 11

CARA MASUKKAN GAMBAR/VIDEO

Klik ikon media dan tarik kursor.....dan lepas...ke ruangan yang hendak dimasukkan hingga warna biru terhasil..... kemudian lepas klik (drag and drop)


Langkah 12

Hasil selepas media ditarik masuk.


Langkah 13

Taip keyword gambar atau video apa yang ingin dicari di ruangan search dan tekan ENTER.

Langkah 14

Pilih video yang ingin dimasukkan dan klik use.


Langkah 15

Paparan berikut akan terhasil selepas klik use



Langkah 16

CARA MASUKKAN EMBED WEBSITE 
(TAMPAL LAMAN WEB DARI SUMBER LAIN DI INTERNET)

klik ikon embed website dan tarik masuk ke ruangan utama


 Langkah 17

 klik ikon embed website dan tarik masuk ke ruangan utama 



Langkah 18

Double click embed website sehingga enter URL terpapar di sebelah kiri.



Langkah 19

Search pada google laman web yang mengandungi web yang menarik/ yang diperlukan.


Langkah 20

Klik kanan pada alamat laman web dan klik copy


Langkah 21

 Klik paste pada enter url.



Langkah 22

Pastikan setiap kali anda buat perubahan klik save changes. Kemudian klik butang pangkah untuk  lihat paparan sebenar.




Langkah 23


SITE ANDA TELAH BERJAYA DIBINA. TAHNIAH

Klik share untuk kongsi site anda kepada para pelajar.



Langkah 24

Klik butang share berikut.


Langkah 25

Jika anda ingin kongsi, contohnya kepada pelajar 5 AL-Alusi sahaja.. anda hanya taip “alusi” dan pilih kelas Group: T5-ALUSI  


Langkah 26

Pilih can contribute atau can view dan klik share.
Anda telah berjaya kongsi site ini pada pelajar anda.
Tahniah!


Langkah 27

CARA MEMBERIKAN TUGASAN KEPADA PELAJAR

Hanya widgets “Text activity” dan  “File Drop” yang perlu dimasukkan untuk memberikan tugasan kepada pelajar. 


Langkah 28

Klik share untuk memberikan tugasan kepada para pelajar.



Langkah 29

Klik butang “assign” untuk memberikan tugasan kepada para pelajar


Langkah 30

Pilih kelas yang anda ingin memberikan tugasan dengan taip nama kelas tersebut dan klik group: T5-ALUSI contohnya.

Klik  Add dan klik Next


Langkah 31

Pilih Assignment due(tarikh tamat tugasan) untuk diberikan kepada pelajar. Klik assign
Langkah 32

Tahniah!! Anda telah berjaya memberikan tugasan kepada pelajar.


PAPARAN PELAJAR TERIMA DAN JAWAB TUGASAN


Pelajar akan menghantar tugasan dengan menjawab di ruangan yang disediakan, atau menjawab di dalam microsoft word kemudian upload ke file drop di atas. 
Pelajar akan klik submit activity.
Pelajar akan klik complete assigment pada menu atas sekali dan guru akan terima notifikasi untuk menyemak dan memberikan markah kepada pelajar.
Sekian terima kasih.


Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan VLE Frog anda boleh merujuk nota selanjutnya melalui pautan Cod QR berikut:

a. Nota untuk guru



b. Nota untuk ibu bapa




Friday 1 June 2018


ASPEK
0
TAHAP 1
TAHAP 2
TAHAP 3
TAHAP 4
CATATAN
OBJEKTIF  PEMBELAJARAN

Guru menyediakan objektif pembelajaran yang tidak dapat diukur dan tidak dibincangkan bersama-sama murid sebelum memulakan PdP.

Guru menyediakan objektif pembelajaran yang boleh diukur mengikut pelbagai aras keupayaan murid; dan memenuhi mana-mana satu (1) daripada kualiti berikut:

ð        membincangkan objektif dengan jelas bersama-sama murid;
ð        mengikut peruntukan masa yang ditetapkan; dan
ð        mengikut ketetapan kurikulum.

Guru menyediakan objektif pembelajaran yang boleh diukur mengikut pelbagai aras keupayaan murid; dan memenuhi mana-mana dua (2) daripada kualiti berikut:

ð        membincangkan objektif dengan jelas bersama-sama murid;
ð        mengikut peruntukan masa yang ditetapkan; dan
ð        mengikut ketetapan kurikulum.

Guru menyediakan objektif pembelajaran yang boleh diukur mengikut pelbagai aras keupayaan murid; dan memenuhi semua kualiti berikut :


ð        membincangkan objektif dengan jelas bersama-sama murid;
ð        mengikut peruntukan masa yang ditetapkan; dan
ð        mengikut ketetapan kurikulum.

PERANCANGAN
PENGAJARAN

Guru menyediakan RPH yang mengandungi objektif yang boleh diukur dan aktiviti pembelajaran yang sesuai, menentukan kaedah pentaksiran dalam PdP dan menyediakan ABM/ BBM /BBB /TMK.

Guru mencapai Tahap 1 dan memenuhi mana-mana satu (1) daripada kualiti berikut:

ð         mengikut pelbagai aras keupayaan murid
ð         mengikut peruntukan masa yang ditetapkan
ð         mengikut ketetapan kurikulum/arahan yang berkuat kuasa.

Guru mencapai Tahap 1 dan memenuhi mana-mana dua (2) daripada kualiti berikut:

ð        mengikut pelbagai aras keupayaan murid
ð        mengikut peruntukan masa yang ditetapkan
ð        mengikut ketetapan kurikulum/arahan yang berkuat kuasa.

Guru mencapai Tahap 1 dan memenuhi semua kualiti berikut :


ð         mengikut pelbagai aras keupayaan murid
ð         mengikut peruntukan masa yang ditetapkan
ð         mengikut ketetapan kurikulum/arahan yang berkuat kuasa.


PENGAJARAN
BERASASKAN AKTIVITI

Pengajaran guru mengandungi aktiviti bersifat arahan yang dilakukan oleh murid serta dikaitkan dengan pembelajaran murid



Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dengan aktiviti yang melibatkan kreativiti, perbincangan dua hala, aplikasi praktikal atau penggunaan KBAT dan memenuhi kualiti berikut:



ð      mengikut peruntukan masa yang ditetapkan.
ð      mengikut ketetapan kurikulum/ arahan yang berkuat kuasa.


Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dengan aktiviti yang melibatkan kreativiti, perbincangan dua hala, aplikasi praktikal atau penggunaan KBAT mengikut pelbagai aras keupayaan murid dan memenuhi mana-mana satu (1) kualiti berikut:

ð      mengikut peruntukan masa yang ditetapkan.
ð      mengikut ketetapan kurikulum/ arahan yang berkuat kuasa.

Pengajaran guru mencapai Tahap 3 dengan  sekurang-kurangnya dua aktiviti yang berbeza dan melibatkan kreativiti dan memenuhi semua kualiti berikut:



ð      mengikut peruntukan masa yang ditetapkan.
ð      mengikut ketetapan kurikulum/ arahan yang berkuat kuasa.

KOMUNIKASI
Guru bercakap dengan jelas dan dapat didengari serta menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid dan tidak membaca terus daripada buku teks.

Guru bercakap dengan jelas dan dapat didengari serta menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid dan memenuhi mana-mana satu (1) daripada kualiti berikut :
ð      nada dan ketinggian suara yang berkesan secara berhemah;
ð      secara menyeluruh meliputi semua murid
ð      secara berterusan dalam PdP
Guru bercakap dengan jelas dan dapat didengari serta menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid dan memenuhi mana-mana dua (2) daripada kualiti berikut :
ð        nada dan ketinggian suara yang berkesan secara berhemah;
ð        secara menyeluruh meliputi semua murid
ð        secara berterusan dalam PdP

Guru bercakap dengan jelas dan dapat didengari serta menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid dan memenuhi semua kualiti berikut :

ð        nada dan ketinggian suara yang berkesan secara berhemah;
ð        secara menyeluruh meliputi semua murid
ð        secara berterusan dalam PdP

TUMPUAN DAN
PERHATIAN MURID
Guru membimbing murid dengan pelibatan sebilangan kecil murid memenuhi semua tindakan berikut :
ð        memberi respons berkaitan isi pelajaran
ð        berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran
ð        memberi respons yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif berkaitan isi pelajaran
ð        mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran
Guru membimbing murid dengan pelibatan sebahagian murid memenuhi semua tindakan berikut:
ð        memberi respons berkaitan isi pelajaran
ð        berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran
ð        memberi respons yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif berkaitan isi pelajaran
ð        mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran
Guru membimbing murid dengan pelibatan sebilangan besar murid memenuhi semua tindakan berikut:
ð        memberi respons berkaitan isi pelajaran
ð        berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran
ð        memberi respons yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif berkaitan isi pelajaran
ð        mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran
Guru membimbing murid dengan pelibatan semua murid memenuhi semua tindakan berikut:
ð        memberi respons berkaitan isi pelajaran
ð        berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran
ð        memberi respons yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif berkaitan isi pelajaran
ð        mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran

PENGURUSAN
BILIK DARJAH
Guru mengelola suasana pembelajaran secara berhemah dan menyeluruh dengan memenuhi mana-mana satu (1) kualiti berikut:
ð        mengawasi komunikasi murid  dalam PdP
ð        mengawasi perlakuan murid dalam PdP
ð        menyusun atur kedudukan murid selaras dengan aktiviti pembelajaran
ð        mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
Guru mengelola suasana pembelajaran secara berhemah dan menyeluruh dengan memenuhi mana-mana dua (2) kualiti berikut:
ð        mengawasi komunikasi murid dalam PdP
ð        mengawasi perlakuan murid dalam PdP
ð        menyusun atur kedudukan murid selaras dengan aktiviti pembelajaran
ð        mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
Guru mengelola suasana pembelajaran secara berhemah, menyeluruh dan berterusan dengan memenuhi mana-mana tiga (3) kualiti berikut:
ð        mengawasi komunikasi murid dalam PdP
ð        mengawasi perlakuan murid dalam PdP
ð        menyusun atur kedudukan murid selaras dengan aktiviti pembelajaran
ð        mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
Guru mengelola suasana pembelajaran secara berhemah, menyeluruh dan berterusan dengan memenuhi semua kualiti berikut:
ð        mengawasi komunikasi murid dalam PdP
ð        mengawasi perlakuan murid dalam PdP
ð        menyusun atur kedudukan murid selaras dengan aktiviti pembelajaran
ð        mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

BAHAN SUMBER PEMBELAJARAN
Guru menggunakan papan tulis  untuk menjelaskan konsep atau idea yang relevan dan perkataan/lukisan yang digunakan adalah jelas.




Guru menggunakan bahan sumber pembelajaran (ABM/BBM/BBB/TMK)  yang relevan, jelas dan menarik perhatian dengan memenuhi mana-mana satu (1) kualiti berikut:
ð        mengikut pelbagai aras;
ð        mengikut peruntukan masa yang ditetapkan;
ð        mengikut ketetapan kurikulum

Guru menggunakan bahan sumber pembelajaran (ABM/BBM/BBB/TMK) yang relevan, jelas dan menarik perhatian dengan memenuhi mana-mana dua (2) kualiti berikut:
ð        mengikut pelbagai aras;
ð        mengikut peruntukan masa yang ditetapkan;
ð        mengikut ketetapan kurikulum

Guru menggunakan bahan sumber pembelajaran (ABM/BBM/BBB/TMK) yang relevan, jelas, menarik, berkesan dan interaktif dengan memenuhi semua kualiti berikut:
ð        mengikut pelbagai aras;
ð        mengikut peruntukan masa yang ditetapkan;
ð        mengikut ketetapan kurikulum
ð        secara menyeluruh dari segi kecukupan dan  kecakupan/ meliputi semua murid


PENGETAHUAN KANDUNGAN
Guru menepati topik dan objektif pelajaran tetapi :

ð        membuat kesilapan isi kandungan
ð        memperlihatkan keraguan dalam penyampaian isi kandungan.




Guru menepati topik dan objektif pelajaran serta memenuhi kualiti berikut:
ð        tidak membuat kesilapan isi kandungan
ð        tidak memperlihatkan keraguan dalam penyampaian isi kandungan.
ð        memperlihatkan kesungguhan dalam memenuhi pelbagai aras keupayaan murid
Guru mencapai Tahap 2 serta memenuhi kualiti berikut:

ð        Mampu membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kandungan pembelajaran secara berhemah.
Guru mencapai Tahap 3 serta serta memenuhi kualiti berikut:

ð        menggabung/merentas/ mengaitkan isi pelajaran dengan tajuk/unit/tema/nilai/kemahiran/ mata pelajaran lain dalam aktiviti pembelajaran.

PENILAIAN
SECARA LISAN
Guru menyoal murid dengan soalan yang relevan, selari dengan keperluan objektif pelajaran dan berupaya:

ð        mengenal pasti jawapan yang betul dan salah atau memberi pengukuhan positif untuk jawapan yang betul.
Guru menyoal murid dengan soalan yang relevan, selari dengan keperluan objektif pelajaran secara berterusan, tekal dan berupaya:
ð        mengemukakan soalan yang menjurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif mengikut keupayaan murid yang pelbagai.
Guru mencapai Tahap 2 dan berupaya:


ð        menggalakkan murid mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran.

Guru mencapai Tahap 3 dan berupaya:


ð        menggalakkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri.


PENILAIAN
TUGASAN MURID
Guru menetapkan tugasan murid untuk menguji pencapaian objektif pembelajaran dengan mengenal pasti jawapan yang betul dan salah serta berupaya:
ð     memberi pengukuhan positif untuk jawapan yang betul dalam tugasan murid.
Guru mencapai Tahap 1 dan berupaya:


ð   mengkhususkan tugasan dengan
keupayaan murid yang pelbagai aras.

Guru mencapai Tahap 2 dan berupaya:



ð    mewujudkan tugasan yang menggalakkan murid ke arah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
ð    secara berterusan, tekal dan segera

Guru mencapai Tahap 3 dan berupaya:


ð   mewujudkan tugasan  yang mendorong murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri.
ð   secara menyeluruh dari segi kecukupan dan  kecakupan/ meliputi semua murid


KESIMPULAN
Guru mengakhiri pelajaran tetapi tidak tidak membuat kesimpulan pelajaran.
Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dan berupaya memberikan kesimpulan umum hasil pembelajaran.
Pengajaran guru mencapaai Tahap 2 dan menjelaskan tiga hingga lima isi utama yang telah dipelajari.
Pengajaran guru mencapai Tahap 3 dan guru berupaya menerangkan sebab pelajaran berkenaan penting serta hubung kaitnya dengan pelajaran lain/kehidupan seharian.

REFLEKSI PEMBELAJARAN
Guru dapat membuat pemerhatian secara umum mengenai pengajaran dan memenuhi kualiti berikut:
ð   berdasarkan objektif pelajaran;
ð   mengikut ketetapan/arahan pelaksanaan pentaksiran yang berkuat kuasa
Guru mencapai Tahap 1 dengan mengenal pasti sekurang-kurangnya satu kekuatan dan satu keperluan penambahbaikan secara menyeluruh dari segi kecukupan dan  kecakupan/ meliputi semua murid.
Guru mencapai Tahap 2 dengan mengenal pasti sekurang-kurangnya satu kekuatan dan satu keperluan penambahbaikan serta dilaksanakan secara segera/berterusan/tekal.
Guru mencapai Tahap 3 dengan mengenal pasti sekurang-kurangnya dua kekuatan dan dua keperluan penambahbaikan serta dilaksanakan secara segera/berterusan/tekal.


e - BIMBINGAN & PEMENTORAN

MODUL 7: MARI MENGENAL FROG VLE

Oleh: Dr. Norhana binti Bakhary PENDAHULUAN Frog VLE  @  merupakan suatu sistem pembelajaran maya berasaskan web (web-based v...