Monday 4 June 2018

MODUL 7: MARI MENGENAL FROG VLE



Oleh: Dr. Norhana binti Bakhary

PENDAHULUAN

Frog VLE @  merupakan suatu sistem pembelajaran maya berasaskan web(web-based virtual learning system) bagi seluruh warga sekolah, khususnya kepada para pelajar, ibu bapa / penjaga dan guru (pendidik). VLE sendiri membawa maksud persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment @ VLE). Jika anda biasa dengan paparan blog (seperti Blogger, WordPress dll) atau laman web / portal CMS (seperti Drupal, Joomla, Moodle dll), sudah tentunya anda tidak berasa kekok dengan antaramuka portal Frog VLE ini. Projek Frog VLE ini dipilih memandangkan ia mudah diakses, diuruskan, mesra pengguna (user friendly) dan sesuai untuk semua peringkat umur. Tambahan pula, Frog Vle pernah memenangi beberapa pingat (award) di peringkat antarabangsa.

Pendek kata, portal Frog VLE ini berfungsi sebagai pusat setempat atau medan / platform komuniti pembelajaran bagi kumpulan sasaran, iaitu para pelajar, ibu bapa / penjaga maupun guru (pendidik).


Frog VLE ini boleh diakses dalam kawasan sekitar sekolah atau luar sekolah (di mana-mana tempat). Disekolah, kandungan internet akan ditapis bagi memastikan persekitaran maya yang diakses adalah selamat dan berunsurkan positif. Blog atau laman web / portal yang berunsur negatif, provokasi, lucah dan sebagainya akan disekat (block) daripada diakses. Memandangkan Frog VLE juga mengguna pakai teknologi awan (cloud), maka ia boleh diakses di mana jua anda berada. data yang disimpan juga mudah diakses di mana jua berada dan boleh diakses pada bila-bila masa tanpa batasan waktu. Pengguna bebas mengakses dan mendaftar masuk(login ID) portal Frog VLE secara percuma menerusi rangkaian Yes atau 'hotspot' Yes.

Dalam modul ini akan dipaparkan tutorial langkah demi langkah untuk membangunkan Site Frog VLE.



Langkah 1

Pada laman utama VLE sila masukkan ID dan kata laluan.






Langkah 2

Paparan personal dashboard masing-masing. Contoh:




Langkah 3

Klik menu "site".




Langkah 4

Klik "New Site".




Langkah 5

Isikan maklumat tempat kosong dan klik Next.




Langkah 6

Klik dan pilih theme dan icon. Kemudian klik next.





Langkah 7

Klik add untuk paparan berikut. Kemudian klik create site. 




Langkah 8

Berikut ialah contoh site yang berjaya dibangunkan.


Anda boleh klik edit untuk membuat editing pada site anda.




Langkah 9

Paparan Edit




Langkah 10


 Klik widgets


Langkah 11

CARA MASUKKAN GAMBAR/VIDEO

Klik ikon media dan tarik kursor.....dan lepas...ke ruangan yang hendak dimasukkan hingga warna biru terhasil..... kemudian lepas klik (drag and drop)


Langkah 12

Hasil selepas media ditarik masuk.


Langkah 13

Taip keyword gambar atau video apa yang ingin dicari di ruangan search dan tekan ENTER.

Langkah 14

Pilih video yang ingin dimasukkan dan klik use.


Langkah 15

Paparan berikut akan terhasil selepas klik use



Langkah 16

CARA MASUKKAN EMBED WEBSITE 
(TAMPAL LAMAN WEB DARI SUMBER LAIN DI INTERNET)

klik ikon embed website dan tarik masuk ke ruangan utama


 Langkah 17

 klik ikon embed website dan tarik masuk ke ruangan utama 



Langkah 18

Double click embed website sehingga enter URL terpapar di sebelah kiri.



Langkah 19

Search pada google laman web yang mengandungi web yang menarik/ yang diperlukan.


Langkah 20

Klik kanan pada alamat laman web dan klik copy


Langkah 21

 Klik paste pada enter url.



Langkah 22

Pastikan setiap kali anda buat perubahan klik save changes. Kemudian klik butang pangkah untuk  lihat paparan sebenar.




Langkah 23


SITE ANDA TELAH BERJAYA DIBINA. TAHNIAH

Klik share untuk kongsi site anda kepada para pelajar.



Langkah 24

Klik butang share berikut.


Langkah 25

Jika anda ingin kongsi, contohnya kepada pelajar 5 AL-Alusi sahaja.. anda hanya taip “alusi” dan pilih kelas Group: T5-ALUSI  


Langkah 26

Pilih can contribute atau can view dan klik share.
Anda telah berjaya kongsi site ini pada pelajar anda.
Tahniah!


Langkah 27

CARA MEMBERIKAN TUGASAN KEPADA PELAJAR

Hanya widgets “Text activity” dan  “File Drop” yang perlu dimasukkan untuk memberikan tugasan kepada pelajar. 


Langkah 28

Klik share untuk memberikan tugasan kepada para pelajar.



Langkah 29

Klik butang “assign” untuk memberikan tugasan kepada para pelajar


Langkah 30

Pilih kelas yang anda ingin memberikan tugasan dengan taip nama kelas tersebut dan klik group: T5-ALUSI contohnya.

Klik  Add dan klik Next


Langkah 31

Pilih Assignment due(tarikh tamat tugasan) untuk diberikan kepada pelajar. Klik assign
Langkah 32

Tahniah!! Anda telah berjaya memberikan tugasan kepada pelajar.


PAPARAN PELAJAR TERIMA DAN JAWAB TUGASAN


Pelajar akan menghantar tugasan dengan menjawab di ruangan yang disediakan, atau menjawab di dalam microsoft word kemudian upload ke file drop di atas. 
Pelajar akan klik submit activity.
Pelajar akan klik complete assigment pada menu atas sekali dan guru akan terima notifikasi untuk menyemak dan memberikan markah kepada pelajar.
Sekian terima kasih.


Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan VLE Frog anda boleh merujuk nota selanjutnya melalui pautan Cod QR berikut:

a. Nota untuk guru



b. Nota untuk ibu bapa




No comments:

Post a Comment

e - BIMBINGAN & PEMENTORAN

MODUL 7: MARI MENGENAL FROG VLE

Oleh: Dr. Norhana binti Bakhary PENDAHULUAN Frog VLE  @  merupakan suatu sistem pembelajaran maya berasaskan web (web-based v...