Nor Aisah bt Jamil
Pegawai SISC+
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban
Pegawai SISC+
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban
Negeri Sembilan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENGENALAN
SISC+ atau dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) berperanan membimbing guru meningkatkan kompetensi dalam aspek pedagogi, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Blog ini merupakan satu inisiatif yang disediakan bagi pembangunan profesional guru secara berterusan dan merupakan ruangan sesi bimbingan secara dalam talian (online) yang menggantikan penangguhan sesi bimbingan bersemuka. Sehubungan itu, guru diminta untuk mengakses maklumat pada modul dan kemudian melengkapkan penilaian serta maklum balas modul melalui QR Code yang disediakan. Akses lengkap terhadap kandungan dan penilaian modul ini akan mewakili satu bimbingan. Pemantapan pembangunan profesional secara berterusan melalui kandungan blog ini merupakan usaha meningkatkan kualiti PdPc guru dalam bilik darjah dengan lebih berkesan dan bermakna. Ruangan ini memberikan peluang kepada guru untuk memantapkan tahap kompetensi keguruan. Blog ini mengandungi sepuluh modul bimbingan dan pementoran yang disediakan bagi pembangunan profesional guru selari dengan keperluan dan tuntutan semasa dasar pendidikan Malaysia.
No comments:
Post a Comment