Pengenalan
Bahagian ini akan memperkenalkan beberapa aplikasi yang boleh digunakan untuk digunakan oleh guru sebagai bahan sumber pembelajaran semasa mekalsanakan proses PdP.
TUTORIAL MEMBINA KUIZ INTERAKTIF MENGGUNAKAN
QUIZIZZ
oleh
Dr. Norhana binti Bahkary
Perkembangan teknologi dan dan perkembangan dunia
pendidikan hari ini memperlihatkan munculnya banyak aplikasi percuma yang menarik
untuk digunakan dalam PdP sebagai bahan sumber pembelajaran. Untuk kali ini
saya akan berkongsi tentang aplikasi Quizizz. Aplikasi ini sangat mudah digunakan
dan mesra telefon pintar. Lebih menarik lagi, Quizizz ini boleh dimainkan oleh
sesiapa sahaja dengan syarat mempunyai “kod rahsia” yang dijana secara automatik
oleh Quizizz.
Berikut adalah tutorial mudah langkah demi
langkah untuk membina kuiz dengan menggunakan aplikasi Quizizz.
Langkah 1 dan 2
1. Buka laman web menggunakan pautan htts://quizizz.com
2. Klik pada menu "Get Started".
Langkah 3
3. Daftarkan akaun dengan klik butang "Sign up".
Langkah 4 dan 5
4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan pada ruang yang disediakan.
5. Setelah lengkap klik pada pada menu "Go".
Langkah 6 dan 7
6. Pada laman yang dipaparkan, klik menu "Login" dan masukkan "ussername" dan kata laluan pada ruang yang disediakan.
7. Klik pada pada menu "Go".
Langkah 8
8. Nama yang telah didaftarkan untuk akaun tersebut akan terpapar pada bahagian atas sebelah kanan.
Langkah 9
9. Untuk mula membina soalan kuiz, klik pada menu "Create"
Langkah 10 dan 11
10. Namakan kuiz yang akan dibina.
11. Pilih tetapan status kuiz tersebut.
Langkah 12 dan 13
12. Mula membina soalan anda dengan cara menaip soalan yang telah dirancang. Anda juga boleh memasukkan imej yang sesuai (jika perlu) dengan cara menekan menu "Add image" dan pilih imej tersebut dari simpanan anda.
13. Taipkan pilihan jawapan di ruangan yang disediakan selepas setiap soalan.
Langkah 14
14. Anda boleh menetapkan warna soalan dengan cara memilih (highlight) perkataan atau soalan yanghendak ditukar. Kemudian pilih warna yang dikehendaki.
Langkah 15 dan 16
15. Klik pada menu "Add image" (jika perlu).
16. Satu paparan "dialog box" akan dipaparkan bagi membolehkan pautan kepada imej yang dikehendaki.
Langkah 17 dan 18
17. Contoh soalan yang telah dimasukkan.
18. Tentukan pilihan jawapan yang betul.
Langkah 19 dan 20
19. Contoh soalan yang telah siap akan dipaparkan.
20. Untuk memasukkan soalan seterusnya klik pada menu "New Question".
Langkah 21
21. Setelah selesai membina kuiz, klik pada menu "Finish".
Langkah 22 dan 23.
22. Tetapkan "Grade Range" dan Subjek bagi soalan yang telah siap.
23. Seterusnya klik pada menu "Finish and Creat Quiz" untuk membolehkan kuiz yang telah dibina di jana.
Langkah 24
24. Klik pada menu "Play Live" bagi memainkan kuiz yang telah siap tadi.
Langkah 25
25. Klik pada menu "Proceed" untuk ke langkah seterusnya.
Langkah 26
26. nda akan diberikan "Kod Rahsia" untuk dikongsikan kepada murid bagi membolehkan mereka menyertai kuiz tersebut.
Langkah 27
27. Bagi membolehkan murid menyertai kuiz yang disediakan, murid boleh menggunakan Chrome Book/ Komputer riba/ net book/ peranti yang bersesuaian. Murid perlu masuk ke laman web: http://quizizz.com/join. Kemudian masukkan "Kod rahsia" yang telah dipaparkan tadi.
Langkah 28.
28. Setelah selesai menjawab kuiz, keputusan indiividu murid akan disediakan oleh Quizizz pada paparan akaun guru. Klik pada menu "Export Result" untuk mendapatkan paparan dalam format MS Office Excel.
Contoh paparan skor murid
Langkah 29
29. Guru boleh memulakan semula soalan kuiz dengan cara klik menu "Play Again"
Maklumat dipetik dari laman Youtube berikut:
No comments:
Post a Comment